Menerusi kenyataan media hari ini, jabatan tersebut turut mempertikaikan ketiadaan pakar ekonomi dalam majlis tersebut yang seharusnya membantu kerajaan Pakatan Harapan (PH) menguruskan fiskal negara.

“Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempunyai Tun Daim Zainuddin sebagai bekas Menteri Kewangan dan Tan Sri Rafidah Aziz sebagai bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Bekas Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tidak dijemput.

“Jika mereka yang didakwa mempunyai kepakaran memulihkan ekonomi negara, maka tidak perlu melantik orang baharu bagi portfolio ini,” katanya di sini hari ini. 

Semalam, kerajaan PH mengumumkan penubuhan majlis tersebut yang akan bertindak meneliti, membuat keputusan berkaitan hal ehwal ekonomi dan kewangan serta kebajikan rakyat. -UTUSAN ONLINE