ABDUL ASYMAWI SYAZWI
ABDUL ASYMAWI SYAZWI 

Calon Naib Ketua Cabang Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kangar, Abdul Asymawi Syazwi Abdul Halim yang mendedahkan perkara itu mendakwa, kegiatan tidak bertanggungjawab itu berlaku di kawasan Arau dan Padang Besar.

Beliau mendakwa, kegiatan itu dikesan berlaku sejak dua minggu lalu apabila terdapat dalam kalangan calon yang berkempen telah pergi dari rumah ke rumah bagi memberikan sogokan tersebut yang merupakan beras serta barangan keperluan harian.

“Kita mempunyai bukti melalui gambar tindakan tidak bertangungjawab calon berkenaan. Kita tidak mahu budaya seperti ini menular di dalam PKR,” katanya, di sini hari ini.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam politik wang bagi pemilihan pemimpin cabang PKR di Kedah.

Kedua-dua mereka dikatakan terlibat meminta wang suapan sebanyak RM20,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan agar namanya yang telah didaftarkan untuk pemilihan parti dikekalkan di dalam sistem sekali gus layak untuk bertanding. - UTUSAN ONLINE