Salleh memberitahu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan individu yang menjadi sasaran permainan politik kotor itu.

Beliau berkata, perbuatan itu dilakukan semata-mata mahu mengaibkan peribadi Najib supaya pemimpin negara itu tewas kepada tekanan dan mengundurkan diri daripada politik.

“Menariknya, biar pun diserang dengan pelbagai tohmahan, Najib tetap santun dan berhemah dalam mempertahankan diri daripada serangan musuh politiknya.

“Ini kerana beliau meyakini pembunuhan karakter ini boleh melenyapkan kebenaran, menjahanamkan demokrasi dan secara perlahan membunuh bangsa,” katanya menerusi kenyataan di laman blog http://sskeruak.blogspot.my, semalam. - UTUSAN ONLINE