Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Pelihara hubungan dengan parti komponen BN

Jaga hubungan BN 2
JOHARI menyerahkan sumbangan kepada ahli veteran UMNO Jasin, Mokhtar Huzaini Idris semasa Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Jasin 2017 di Dewan Politeknik Merlimau. Disini hari ini Turut bersama Ketua Bahagian UMNO Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah (kiri) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim Datuk Wira Ghazale Muhammad (tiga dari kiri) - UTUSAN/MOHD AZIM ABD RAHMAN

JASIN 19 Ogos - UMNO diminta terus berperanan menjadi sebuah parti yang kuat dan kukuh untuk membela parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, sebagai parti paling kanan atau 'abang long' dalam BN, UMNO perlu ingat bahawa parti komponen antaranya MCA, MIC dan Gerakan banyak membantu memberi sokongan ketika parti itu menghadapi krisis pada PRU-13 lalu.

"Semua parti komponen perlu bersatu-padu dan UMNO selaku abang long kena menjaga parti-parti komponen seperti adik kerana merekalah yang membantu ketika kita menghadapi kesukaran.

"UMNO perlu bersikap 'gentleman' dan mengamalkan konsep menjaga parti komponen lain. Kalau hendak melihat UMNO kuat, parti komponen juga perlu kuat," katanya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan Kedua berkata demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Jasin di Politeknik Merlimau di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah dan timbalannya, Datuk Ghazale Muhamad. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain