Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, langkah itu hanya’wayang’ untuk menarik pengundi sedangkan pihak yang berkuasa sebenarnya adalah DAP.

“Ini hanyalah wayang kerana sebenarnya parti yang utama dalam pakatan itu adalah DAP.

“Jika kamu memberi undi kepada pembangkang, bermakna kamu memberi undi kepada DAP, “ katanya semasa merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Gelang Patah, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE