Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, tindakan itu perlu kerana kedua-dua bekas menteri terbabit telah mencemarkan nama baik parti dengan bersekongkol bersama gabungan pembangkang PKR. 

“Bagaimanapun, sebagai Ketua Puteri UMNO, saya amat terkilan dengan tindakan bekas pemimpin terlibat yang pernah menjadi tonggak serta kekuatan parti suatu ketika dahulu,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia selepas mengadakan walkabout menemui pengundi dalam Parlimen Masjid Tanah, di Taman Bukit Indah, Masjid Tanah di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE