Abdul Hadi berkata, Naib Presiden Pas, Idris Ahmad bakal mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang sementara Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria merangkap Bendahari Pas Pusat, akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gunung Semanggol.

"AJK Pas Pusat, Dr. Najihatussalehah Ahmad merangkap Ketua Dewan Muslimat Pas Perak pula akan bertanding di Parlimen Parit.

"Parlimen Bagan Datuk pula akan ditandingi oleh Ata Abdul Munim Hasan Adli (Ketua Penerangan Pas Kawasan Bagan Datuk),"katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam himpunan Gelombang Hijau Perak PRU-14 di Seri Iskandar di sini hari ini.

Hadir sama Razman dan Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Ahmad Dusuki Abdul Rani. - UTUSAN ONLINE