Sebagaimana yang dijangkakan, Muhammad Khalil, anak kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat turut bertanding.

Beliau yang buat pertama kalinya menyertai Pilihan Raya Umum mengambil tempat Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi di DUN Batu Buruk.

Syed Azman yang kian condong kepada PAN, dan kelihatan rapat dengan kalangan pemimpin parti serpihan Pas itu merupakan satu-satunya penyandang kerusi DUN yang tidak dicalonkan semula.

Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Prof. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar bertanding di Rhu Rendang, di salah satu yang dianggap kerusi paling selamat, mengisi tempat

Abdul Hadi yang kali ini hanya bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Marang.

Pas yang tidak bersama dengan pakatan pembangkang bertanding di semua 32 kerusi DUN dan lapan kerusi Parlimen dengan mempertaruhkan 19 calon muka baharu.

Seramai 15 daripadanya bagi kerusi DUN manakala empat calon kerusi Parlimen iaitu Kuala Terengganu, Setiu, Hulu Terenggqanu dan Kemaman.

Pengumuman kesemua calon disempurnakan oleh Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Hussin Awang dalam majlis yang turut dihadiri kalangan pemimpin Pas

Pusat dan negeri termasuk Abdul Hadi.

Sejurus selesai pengumuman calon itu, Timbalan Pesuruhjaya Pas, Satiful Bahri Mamat kemudian tampli mengetuai lafaz sumpah baiah bersama semua 40 calon yang dipilih.

Berikut senarai calon bagi 32 kerusi DUN:

*Azbi Salleh (Kuala Besut)

*Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman (Kota Putera)

*Wan Azhar Wan Ahmad (Jertih)

*Mat Daik Mohamad (Hulu Besut)

*Dr. Azman Ibrahim (Jabi)

*Zul Bhari A. Rahman (Permaisuri)

*Azmi Maarof (Langkap)

*Mohd Shafizi Ismail (Batu Rakit)

*Hishamuddin Abdul Karim (Tepuh)

*Ridzuan Hashim (Buluh Gading)

*Mohd. Fazil Wahab (Seberang Takir)

*Dr. Alias Razak (Bukit Tunggal)

*Wan Shukairi Wan Abdullah (Wakaf Mempelam)

*Ahmad Shah Muhamed (Bandar)

*Datuk Dr. Tengku Hassan Tengku Omar (Ladang)

*Muhammad Khalil Abdul Hadi (Batu Buruk)

*Ariffin Deraman (Alur Limbat)

*Mohd. Nor Hamzah (Bukit Payong)

*Prof. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar (Rhu Rendang)

*Sulaiman Sulong (Pengkalan Berangan)

*Kamaruzaman Abdullah (Telemong)

*Hilmi Harun (Manir)

*Dr. Mamad Puteh (Kuala Berang)

*Maliaman Kassim (Ajil)

*Ghazali Sulaiman (Bukit Besi)

*Alias Harun (Rantau Abang)

*Wan Hapandi Wan Nik (Sura)

*Satiful Bahri Mamat (Paka)

*Ir. Saiful Azmi Suhaili (Kemasik)

*Hazri Jusoh (Kijal)

*Hanafiah Mat (Cukai)

Ab. Razak Ibrahim (Air Putih)

Calon bagi 8 kerusi Parlimen:

1.Dr. Riduan Mohamad Nor (Besut)

2.Shaharizukirnain Abd Kadir (Setiu)

3.Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali (Kuala Nerus)

4.Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim (Kuala Terengganu)

5. Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Marang)

6.Muhyiddin Abdul Rashid (Hulu Terengganu)

7.Wan Hassan Mohd. Ramli (Dungun)

8.Che Alias Hamid (Kkemaman) - UTUSAN ONLINE