MenterI Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ketika mengesahkan perkara itu berkata, apa yang berlaku hanyalah perjanjian antara kedua belah pihak untuk meneruskan agenda untuk memperkasakan orang Melayu dan agama Islam di negara ini.

“Tak ada kaitan langsung (dakwaan Pas tanda tangan untuk tidak sokong UMNO dalam PRK DUN Semenyih),” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penyerahan Geran Hak Milik Tanah di sini hari ini.

Dr. Ahmad Samsuri merupakan antara tiga pemimpin Pas iaitu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan yang mengadakan pertemuan kali kedua Pas dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Yayasan Al-Bukhari di Ibunegara kelmarin.

Beliau seterusnya menjelaskan, dalam pertemuan itu, perbincangan adalah berkisar tentang royaltI selain kedudukan pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Negeri termasuk Terengganu yang kini disandang oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof. - UTUSAN ONLINE