Abdul Hadi seterusnya menyifatkan pendirian kerajaan dalam isu itu sangat tepat dan selaras dengan dasar luar Malaysia yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara haram Israel serta warganya dalam sebarang acara bertaraf antarabangsa mahu pun tempatan.

“Tindakan kerajaan memboikot dan mengasingkan Israel adalah usaha paling minimum yang boleh diambil sebagai signal menentang dan menolak kezaliman regim Zionis Israel yang tidak berperikemanusiaan dan wajar dikutuk oleh setiap negara bertamadun.

“Pas telah dan akan terus menggerakkan usaha-usaha untuk mengembalikan kebebasan bumi Palestin daripada cengkaman Zionis Israel dengan penglibatan semua pihak, seterusnya menyeru pemimpin negara umat Islam untuk menunjukkan ketegasan yang sama seperti Malaysia,” katanya menerusi catatan di laman Facebook beliau di sini hari ini.

Dr. Mahathir sebelum ini menegaskan kerajaan tetap dengan pendirian untuk tidak membenarkan atlet Israel bertanding pada kejohanan itu.

Katanya, adalah menjadi satu kesalahan kepada Israel jika mereka terus berdegil untuk menyertai kejohanan tersebut. - UTUSAN ONLINE