Pesuruhjaya Pas Wilayah Persekutuan, Mohamad Noor Mohamad berkata, dalam senarai yang akan diumumkan pada 19 April ini, pihaknya juga bakal menampilkan seorang calon wanita bagi salah satu kerusi tersebut.

"Kerusi yang bakal ditandingi oleh Pas bersama Gagasan Sejahtera ialah Parlimen Batu, Wangsa Maju, Setiawangsa, Titiwangsa, Bandar Tun Razak, Lembah Pantai, Segambut, Putrajaya dan Labuan.

"Pada pilihan raya umum lalu Pas hanya meletakkan calon di dua kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan dan untuk PRU-14 ini kita yakin untuk mencipta kejutan dan menang di kerusi-kerusi Parlimen yang ditandingi kali ini," katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan Manifesto Pas Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Mohamad berkata, senarai lengkap calon-calon tersebut akan diumumkan di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Taman Melewar, Kuala Lumpur. - UTUSAN ONLINE