Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyudin Hassan berkata, ini selaras dengan keputusan Pas Pusat tidak meletakkan Calon dalam PRK itu.

Katanya, langkah ini diambil ke arah menguatkan lagi blok pembangkang yang akan memainkan peranan semak dan imbang di dalam Parlimen dan juga terhadap Kerajaan demi untuk kebaikan negara dan seluruh rakyat.

“Selaras itu, Pas khususnya Pas Sandakan dan Pas Sabah akan menggerakkan jentera pilihan raya setempat terutama bagi memastikan ahli-ahli dan penyokong-penyokong Pas di kawasan ini supaya turun membuang undi pada 11 Mei 2019 bagi membantu calon blok pembangkang dari Parti Bersatu Sabah (PBS) iaitu Linda Tsen dalam menghadapi PRK ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE