Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Husin berkata, pihaknya terharu dan berterima kasih kepada Ismail yang sangup berkorban untuk masa depan parti.

Menurutnya, sifat kedermawan Ismail yang juga merupakan pengasas Sekolah Rendah Tahfiz Integrasi Ismail Kamari (Sertik) dipandang tinggi.

“Diharapkan agar lebih ramai mengikuti jejak langkah Ismail selain menyeru ahli-ahli Pas menjayakan projek mercu tanda Pas Johor ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa penyerahan tanah tersebut yang berlangsung dalam Majlis Makan Malam dan Pelancaran Pembinaan Kalam di Ayer Hitam dekat sini malam tadi.

Yang turut hadir Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor, Dr. Mazri Yahya.

Projek kompleks berkenaan dirancang dibina dengan kos RM5 hingga RM10 juta pada tahun ini dan dijadual siap pada 2021 mengikut beberapa fasa yang akan dilengkapi pelbagai kemudahan. - UTUSAN ONLINE