Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata, parti itu menerima baik penjelasan Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy mengenai hutang dan pelan rasionaliasi 1MDB selepas sidang meja bulat baru-baru ini.

“Kita (parti) mengadakan pertemuan untuk mengetaui mengenai 1MDB dan lihat apa pilihan yang mereka ada untuk selesaikan isu ini.

“Ada beberapa perkara dalam pelan rasionalisasi 1MDB yang kita tidak setuju. Cadangan kita supaya aset 1MDB dipantau oleh Parlimen dan Jawatankuasa Suruhanjaya Diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat skandal 1MDB,” katanya pada sidang media, di sini hari ini. -UTUSANONLINE