Ahli Jawatankuasanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, pengiktirafan itu bagi menghargai jasa dan sumbangan besar beliau kepada dunia Islam dan dakwah.

"Bumi Malaysia sangat bertuah kerana dihuni oleh insan yang bertuah ini.

"Bersempena tahun baru hijrah yang akan tiba tidak lama lagi, saya ingin mencadangkan kepada kerajaan Malaysia terutama Perdana Menteri supaya beliau dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah.

"Semoga Dr. Zakir dirahmati dan diberkati," katanya dalam kenyataan di laman Facebook di sini hari ini.

Dr. Zakir yang merupakan Pengasas dan Presiden Islamic Research Foundation (IRF) pernah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah pada 2013.

Pendakwah itu kini terlibat dalam Program Jelajah di Kelantan bermula Rabu lalu hingga hari ini.

Dalam perkembangan sama, Muhammad Khalil turut mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri Kelantan yang telah memulakan inisiatif program jelajah bersama Dr. Zakir yang sekali gus boleh membuka mata setiap insan untuk lebih mengenali pendakwah berkenaan dan dakwahnya di samping menepis dakwaan pengkritik. - UTUSAN ONLINE