Naib Presidennya, Idris Ahmad secara sinis turut mempersoalkan atas dasar apa tuduhan tidak berasas itu berterusan dilemparkan kepada Pas yang selama ini memperjuangkan Islam.

“Ada yang tuduh kita ini penunggang agama tetapi cuba beritahu ayat mana dan program mana yang kata Pas ini penunggang agama?

“Apakah kerana kami mengharamkan judi dan tidak membenarkan arak diminum orang Islam itu dikira sebagai penunggang agama? Kalau itu anggapannya maka terpulanglah tetapi kami yakin kebenaran itu datangnya daripada Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Muslimat Pas Ke-58 di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI) di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Dewan Muslimat Pas, Nuridah Mohd. Salleh; Ketua Dewan Muslimat Pas negeri, Zarani Othman di samping jemputan khas rombongan Wanita UMNO diketuai Ketuanya, Datuk Dr. Noraini Ahmad.- UTUSAN ONLINE