Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, langkah politik sebegitu perlu difahami oleh ahli-ahli dan penyokong parti seiring dengan pendekatan budaya politik matang dan sejahtera yang diterapkan kini.

Bila antara lain memetik kisah bagaimana Rasullulah dan para sahabat bersedih dengan kekalahan Rome ketika menentang Parsi (beragama majusi) sedangkankan kedua-duanya adalah musuh Islam.

"Rome agama kristian kitab manakala Parsi menyembah api. Di sini politik perimbangan walaupun kedua-duanya musuh Islam, mana musuh yang lebih besar," ujarnya ketika berucap merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas Terengganu (DPPNT), di sini petang tadi.

Beliau yakin masa depan bagi politik Islam akan terus subur untuk membawa kemenangan walaupun mengambil masa kerana ideologi ciptaan manusia yang sekian lama dipertahankan satu demi satu runtuh. - UTUSAN ONLINE