Sehubungan itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya akan mengadakan sidang akhbar dalam masa terdekat bagi menjawab segala dakwaan tersebut.

TAKIYUDDIN HASSAN
TAKIYUDDIN HASSAN

“Saya akan jelas ke­semuanya sebab kita ada semua dokumen penyelesaian luar mahkamah dan kita percaya dokumen lebih penting berbanding cakap kosong.

“Bukan macam dia (Anwar), cuma cakap ikut hearsay (dengar cakap), dia kena tunjuk penyata kalau macam itu,” katanya ketika ditemui selepas memberikan keterangan hampir lima jam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini.

Selain itu, Ahli Parlimen Kota Bharu tersebut turut mencabar Anwar untuk menunjukkan bukti dokumen transaksi bank yang didakwa Anwar membuktikan Pas membayar Rewcastle-Brown.

“Dia (Anwar) kena tunjuklah (dokumen transaksi bank),” katanya.