Pengerusi PAN negeri, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, kesemua kerusi yang bakal ditandingi itu merupakan kawasan yang dimenangi Pas pada pilihan raya lalu.

Menurutnya, bagimanapun Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) akan bertanding di 12 kerusi yang dimenangi UMNO.

“PKR pula akan bertanding berdasarkan kepada status qou yang telah diperuntukan mereka iaitu tiga parlimen dan empat DUN.

“Bagaimanapun, kita masih lagi belum memuktamadkan lagi pembahagian semua kerusi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia pada Konvensyen Amanah Kelantan Kali ke-2 di Wisma Tok Guru, Salor di sini hari ini.

Perasmian konvensyen itu disempurnakan oleh Naib Presiden PAN, Datuk Husam Musa. -UTUSAN ONLINE