NICOLE WONG SIAW TING
NICOLE WONG SIAW TING

Naib Ketua Pemuda MCA, Nicole Wong Siaw Ting berkata, ini boleh dilihat menerusi manifesto Pakatan Harapan yang menyalahkan dasar kerajaan dalam pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).


Katanya, percanggahan pendapat antara pemimpin-pemimpin pembangkang hanya akan menyukarkan rakyat untuk menaruh kepercayaan terhadap mereka.


“Sebelum ini Lim Guan Eng telah berulang kali menyatakan pendiriannya bahawa Pakatan Harapan akan memansuhkan GST, tetapi Nurul Izzah Anwar menyatakan mereka hanya akan mengurangkan kadar GST, malah Tun Dr. Mahathir Mohamad berpendapat cukai GST akan digantikan dengan cukai jualan.


“Dalam bajet alternatif 2017 dan 2018 juga berbeza, pandangan siapa yang mewakili Pakatan Harapan sebenarnya, siapa yang rakyat patut percaya?” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE