MOHD. ALI RUSTAM
MOHD. ALI RUSTAM

Ini kerana menurut Ahli Majlis Ter­tinggi UMNO, Tan Sri Mohd. Ali Rustam, dengan menghapus­kan pelbagai bayaran dan cukai termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang merupakan punca pendapatan negara pada masa kini, pembangkang dilihat tidak mempunyai sumber atau dana yang mencukupi untuk memastikan pentadbiran berjalan lancar.

“Apa yang mereka katakan itu langsung tidak munasabah kerana bagaimana mereka mahu memberikan semua yang dijanjikan secara percuma? Dari­pada mana datangnya punca pendapatan mereka?

“Saya mahu mereka menjawab persoalan itu, dari ma­nakah wang itu datang dan bagaimanakah negara mampu melaksanakan janji-janji mereka ini,” katanya ketika ditemui dalam majlis Ikrar Bebas Rasuah, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Mohd. Ali yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Katil berkata, beliau yakin Barisan Nasional (BN) mampu merampas semula Parlimen Bukit Katil daripada pembangkang dalam PRU-14.

Katanya, keyakinan itu berdasarkan maklum balas diterima daripada rakyat yang mahu kembali menyokong BN selepas melihat kegagalan wakil rakyat pembangkang memenuhi janji dalam pilihan raya lalu.

“BN boleh buat lebih baik daripada pembangkang kerana kita sudah ada pengalaman, malah sentiasa memberikan khidmat sepanjang masa tidak kira waktu susah ataupun senang, menang atau kalah kepada rakyat.

“BN tidak seperti pembangkang yang hanya muncul lima tahun sekali dan tidak menunaikan janji seperti yang dibuat (dalam pilihan raya umum) lima tahun yang lalu,” katanya.