Pengerusi Pakatan Harapan Perak, Ahmad Faizal Azumu berkata, ini bertujuan bagi menyelesaikan isu pembentukan kerajaan negeri yang masih tergantung susulan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menurutnya, pihaknya mahu menghadap tuanku bagi memastikan kestabilan politik di negeri ini.

“Kita hendak menentukan kestabilan politik di Perak supaya rakyat tidak merasa gundah-gulana.

“Kami cuba untuk menyelesaikan perkara ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE