Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata,  ini jelas menunjukkan kepimpinan, hala tuju dan perjuangan pakatan politik itu tidak menentu apabila gagal menentukan siapa pemimpin sebenar mereka.

“Saya lihat Pakatan Harapan ini sembrono. Mereka lantik tiga orang pemimpin tertinggi, yang lain apa cerita? Di mana nak letak Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal?

“Ini semua menjadi tanda tanya. Malah nama-nama yang dahulunya dihujahkan kepada kita tidak layak menjadi pemimpin, hari ini pula mereka dilantik sebagai pemimpin Pakatan Harapan.

“Saya kurang yakin sama ada mereka ini serius atau tidak. Saya rasa mereka yang dinamakan sebagai pemimpin dalam Pakatan Harapan hanya diperkudakan dan diperalatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis penutup Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Lenggong di sini hari ini - UTUSAN ONLINE