SHAIFUL HAZIZIY ZAINOL ABIDIN
SHAIFUL HAZIZIY ZAINOL ABIDIN

Ketuanya, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, perkara itu merupakan sesuatu yang sudah dijangka yang akan menjadi kudis berkekalan sekali gus menjadi penghalang utama kepada rakyat untuk memberi mandat kepada kepemimpinan pembangkang bagi menerajui negara.


“Pemuda UMNO Kedah tidak yakin sama sekali dengan keupayaan Mahathir menjadi pengerusi Pakatan Harapan yang bakal dibentuk atas faktor umur dan pendirian ‘pusingan u’ sekali gus memperlihatkan prinsip mudah dijual beli.


“Malah kami turut hairan dan terkejut apabila kepemimpinan pembangkang sanggup mempertimbangkan cadangan tersebut. Hakikatnya PPBM masih mentah tetapi mempunyai nafsu politik yang besar sehingga mahu menjadi pemain utama politik adu domba pembangkang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Tambahnya, kehadiran PPBM dalam kumpulan pembangkang yang sedia ada hanya akan memburukkan keadaan dan bukan menjadikan mereka bertambah kuat. 


“Tanggapan bahawa Mahathir adalah “senjata politik” baharu adalah tidak betul malahan beliau hanya menjadi “liabiliti” baharu politik kepada pembangkang,” katanya.-UTUSAN ONLINE