Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata, bekas Perdana Menteri itu sepatutnya perlu meneliti dan melihat kekayaan masyarakat di negara ini termasuk orang Melayu yang turut tersenarai sebagai jutawan.

Selain itu katanya, orang Melayu juga perlu terus dibimbing supaya maju dalam pelbagai aspek.

“Kalau orang Melayu malas tidak mungkin anaknya , Tan Sri Mokhzani Mahathir juga turut tersenarai antara jutawan di negara ini.

“Adakah anak beliau sahaja yang rajin? Ramai juga yang berjaya.Kerana itu kita perlu terus membimbing mana-mana individu yang berpotensi, bukannya terus menyalahkan dan membiarkan mereka, katanya ketika ditemui dalam majlis Program Transformasi Sosial Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE