Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PH akan membantu orang Asli mengatasi isu-isu berkaitan seperti tanah adat dan taraf hidup jika diberi mandat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Sehubungan itu, beliau meminta agar semua tok batin bersama anak buah dapat membantu bersama-sama mengundi calon PH nanti.

“Saudara kena fikir bagaimana kita boleh bawa perubahan. Cukuplah sokong 60 tahun, kalau tidak buat perubahan juga, itu tidak cerdik.

“Hari ini saya datang nak minta kawan-kawan beri sokongan kepada PH. Saya boleh beri jaminan dan tidak mahu janji banyak-banyak,” katanya ketika berucap dalam Majlis Dialog Bersama Tok Batin di Pos Betau di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE