Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Nor Mohamed perlu berani

TUNKU AZIZ TUNKU IBRAHIM
TUNKU AZIZ TUNKU IBRAHIM

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Bekas Penolong Gabenor Bank Negara (BNM), Tan Sri Nor Mohamed Yakcop perlu berani serta berkata benar mendedahkan mengenai pihak yang terlibat dalam isu urus niaga mata wang asing sekitar 1990-an yang menyebabkan negara kerugian berjumlah RM32.074 bilion.

Walaupun ketika memberi kenyataan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) beliau mengakui bertanggungjawab terhadap kerugian berkenaan, namun itu merupakan satu perkara yang tidak sepatutnya terjadi melainkan ada penglibatan pihak-pihak yang lebih berkuasa.

Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim ketika menyatakan perkara berkenaan menambah, sebagai orang yang bertanggungjawab, adalah tidak masuk akal jika Nor Mohamed tidak menyedari urus niaga berkenaan menyalahi undang-undang dan etika BNM.

Tunku Aziz menegaskan, jika Nor Mohamed menyedari hakikat ini, pasti beliau akan menghalangnya daripada berlaku, melainkan dihalang oleh tangan-tangan ghaib yang mengarahkan urus niaga mata wang asing tersebut diteruskan.

Tegas Tunku Aziz, sebagai seorang penjawat awam yang diamanahkan untuk menguruskan simpanan dan wang negara, tindakan Nor Mohamed membiarkan masa depan negara “diperjudikan” dalam urus niaga yang amat berisiko tinggi itu adalah satu tindakan tidak bertanggungjawab.

“Kalau tahu perkara ini tidak betul, beliau sepatutnya bersuara, menentang serta menghalangnya daripada berlaku.

“Beliau sepatutnya mencontohi bekas-bekas Gabenor BNM seperti Tan Sri Aziz Taha dan Tan Sri Ahmad Mohd. Don yang berani menentang tindakan yang salah,” kata Tunku Aziz dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Minggu lepas, Nor Mohamed ketika memberi keterangan kepada RCI untuk menyiasat kes kerugian akibat urus niaga mata wang ­asing oleh BNM sekitar tahun 1990-an mengaku bertanggungjawab dalam kes kerugian lebih RM30 bilion itu.

Walau bagaimanapun, Nor Mohamed yang kini Timbalan Pengerusi Khazanah Nasional Berhad menafikan bahawa semua keputusan berkaitan urus niaga mata wang asing oleh bank pusat itu sekitar 1990-an ditentukan oleh beliau secara bersendirian.

Menurut beliau, perbincangan tentang kegiatan itu turut melibatkan Gabenor BNM serta timbalannya ketika itu. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain