Rata-rata mereka menyambut baik kedatangan Najib malah ada yang teruja seakan-akan tidak sabar menunggu kedatangannya apabila bertanyakan bilakah bekas Perdana Menteri itu akan tiba untuk mengadakan program di sini.

Seorang pengguna Facebook, MoZu Kifli menulis ‘tahniah ini yang kita tunggu-tunggu’ dan netizen lain, Noorhisham Md. Noor Sham menulis ‘teruskan perjuangan DSN jangan peduli orang kata’ manakala netizen lain, Haslinda Hassan berkata ‘penduduk CH sayangkan DSNR.

Pemegang akaun Facebook Zainal Awang pula berpendapat ‘DSNR datang Felda Sungai Koyan, beri semangat kepada peneroka-peneroka. Lebih derita di bawah PH, habuk pun tak ada sedikit bantuan berbanding semasa BN dulu. Dedak lebih baik daripada habuk’.

Tidak kurang juga netizen yang memberikan hashtag bahasa slanga yang menjadi ikutan terkini terhadap Najib iaitu ‘#Bossku’, #MaluApaBossKu dan #DNSTerbaik.

Bekas Perdana Menteri itu dijadual berkempen untuk BN dalam PRK Parlimen Cameron Highlands selama tiga hari mulai esok. - UTUSAN ONLINE