Calon Naib Presiden  pemilihan PKR itu berkata, setakat ini beliau tidak mempunyai sebarang maklumat tentang kerusi Parlimen baharu yang akan ditandingi oleh Presiden PKR berkenaan.

Ujarnya, Majlis Mesyuarat Pimpinan Tertinggi parti juga masih belum membincangkan perkara itu.

“Saya dalam majlis berkenaan, setakat ini tidak ada mesyuarat rasmi untuk bincang serta analisis kerusi mana yang akan ditandingi Anwar, “ katanya di sini hari ini.

Secara sinis, Zuraida yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata, beliau tidak tahu sama ada Anwar akan bertanding di Negeri Sembilan atau ‘negeri tujuh’.

Laporan beberapa portal awal hari ini menyebut Anwar telah memilih kerusi di negeri berkenaan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi membolehkan beliau kembali ke Parlimen.

Ketika ini, PKR mempunyai satu kerusi di negeri berkenaan iaitu Parlimen Port Dickson. - UTUSAN ONLINE.