Menurutnya, kerjasama erat rakyat dengan pemimpin telah berjaya mengubah wajah pembangunan Batang Sadong sehingga menjadi antara kawasan luar bandar sedang membangun dengan pelbagai projek infra rakyat berimpak tinggi.

"Kali ini kita buktikan pula kepada seluruh Malaysia bahawa Batang Sadong menjadi penyumbang kepada kejayaan besar BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) ini.

"Saya juga berterima kasih kepada penduduk Batang Sadong kerana mempunyai hubungan yang sangat rapat bagi menjayakan projek-projek infra rakyat dapat dilaksanakan dengan lancar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Pemimpin Bersama Rakyat di Keniong, di sini hari ini .

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gedong, Datuk Mohd Naroden Majais.

Tambahnya, Jambatan Batang Sadong merupakan contoh projek infra rakyat berimpak tinggi yang paling berjaya di sini. - UTUSAN ONLINE