Menurut Ahli Parlimen Pekan itu, setakat ini beliau belum sempat untuk bertemu dengan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri tersebut.

“Saya tak pasti saya belum cakap dengan dia lagi. Tetapi saya akan cuba berhubung dengan Tok Pa (Mustapa).

“Nanti kalau saya berpeluang untuk tahu cerita sebernanya baru saya boleh buat kenyataan atau kesimpulanya,” katanya dalam sidang akhbar di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Tuanku Abdul Halim sebentar tadi.

Dalam pada itu ketika ditanya, mengenai adakah akan lebih ramai pemimpin UMNO akan keluar parti selepas beliau didakwa di mahkamah pada hari ini.

Bekas Perdana Menteri keenam itu memberitahu, semua ahli dalam parti perlu setia dalam menghadapi saat-saat getir ketika ini.

“Selama ini kita telah dapat segala-gala kemudahan daripada parti, inilah masa parti memerlukan kita, komitmen kita dan saya berharap agar kita akan terus setia kepada UMNO dan Barisan Nasional,” katanya.

Terdahulu, Najib mengaku tidak bersalah atas 21 pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 bilion dan empat pertuduhan iaitu salah guna kuasa. - UTUSAN ONLINE