Najib menunaikan solat di saf hadapan bersama Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad serta calon Barisan Nasional (BN) Ramli Mohd. Nor.

Dalam khutbahnya, Tuan Ibrahim menegaskan kepentingan isu perpaduan dalam kalangan masyarakat Islam iaitu bersatu padu atas satu ukhuwah Islam.

“Allah bukan sahaja menyuruh mendirikan solat, menunaikan zakat, membina kesatuan ummah tetapi juga menjadikan Nabi Muhammad sebagai contoh dalam kehidupan,” katanya. - UTUSAN ONLINE