Menerusi laman Facebook beliau hari ini, Najib berkongsi artikel oleh Malaysiakini yang melaporkan bahawa polis setakat ini tidak mempunyai sebarang bukti yang mengaitkan beliau dengan kes pembunuhan berprofil tinggi.

"Alhamdulillah. Kebenaran akhirnya muncul. Sumber polis di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) mendedahkan bahawa tidak ada sebarang bukti yang boleh mengaitkan saya dengan kes-kes pembunuhan berprofil tinggi yang PH sering tuduh saya sebagai pembunuh.

"Oleh itu, tidak ada sebarang kes dibuka oleh pihak polis. Bukan main panjangnya. Sepuluh tahun saya telah difitnah oleh PH dengan propaganda mereka yang licik, terancang dan meluas sehingga ramai telah terpedaya," kata Najib dalam laman media sosialnya itu.

Najib selama ini sering dituduh mempunyai kaitan dengan beberapa kes antara pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu, pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Anthony Kevin Morais dan kematian kematian Teoh Beng Hock. - UTUSAN ONLINE