Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional itu berkata, ini secara tidak langsung membuktikan rakyat semakin diketepikan kerajaan PH.

Katanya, sewaktu pemerintahannya sebagai Perdana Menteri, kerajaan membantu rakyat dan rakyat menjadi kroninya.

“Biasiswa untuk anak-anak Felda ditamatkan. Kalau dahulu, kita membantu rakyat. Rakyat kroni saya. Hari ini rakyat diketepikan PH. Mungkin ikon Felda atau kroni-kroni Putrajaya dapat bantu membela nasib mereka,” katanya dalam status Facebook yang dimuat naik hari ini.

Najib turut memuat naik sekeping surat pemakluman penamatan biasiswa itu yang ditujukan kepada ibu bapa atau penjaga anak Felda yang membuat permohonan biasiswa berkenaan.

Biasiswa berkenaan dinamakan Dana Khas Pelajar Cemerlang ke Luar Negara Felda (DKPCLNF). - UTUSAN ONLINE