Ketibaan Perdana Menteri pada pukul 2.50 petang diiringi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Idris Haron dan Ketua UMNO Bahagian, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh.

Kehadiran Najib turut disambut meriah dan penuh bersemangat oleh lebih 5,000 perwakilan serta masyarakat setempat.

Terdahulu, Najib turut berkesempatan merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Katil di Dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh. - UTUSAN ONLINE