“Saya pun nak tanya kaunter claim (tuntut) duit minyak di mana? Saya nak cari-cari dalam sehari dua ni.

“Kalau saya datang sini saya nak claim duit tambang sikitlah daripada PH,” katanya.

Najib baru-baru ini memuat naik status ringkas berserta gambarnya menunggang motosikal dan menulis ‘Kaunter claim (tuntut) duit minyak Pakatan Harapan kat mana?”

Status ringkas itu sebagai sindiran berkaitan dakwaan berlakunya amalan politik wang di PRK Cameron Highlands selepas tersebar gambar seorang wanita memakai baju PH sedang mengagihkan wang kepada beberapa lelaki. - UTUSAN ONLINE