Lawatan kerja beliau dimulai dengan penyampaian amanat kepada kira-kira 10,000 kakitangan awam di negeri ini sempena Perhimpunan Penjawat Awam kerajaan negeri di Dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini.

Perdana Menteri yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Batu Berendam pukul 9.30 pagi ini disambut oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron serta barisan pemimpin kerajaan negeri.

Beliau tiba di Dewan MITC pada pukul 10 pagi diiringi Idris untuk menyampaikan amanat kepada kakitangan dan penjawat awam negeri yang berkumpul sejak pukul 7.30 pagi.

Perdana Menteri kemudian dijadual merasmikan Pusat Rehabilitasi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Bandar Hijau Ayer Keroh sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Sayyidina Abu Bakar di kampus Universiti Teknologi Malaysia Melaka (Utem) Durian Tunggal.

Pada sebelah petang, Najib akan menghadiri Majlis Penyerahan Kunci Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Tehel, Mukim Bemban Jasin serta mengadakan pertemuan dengan jentera Perhubungan Barisan Nasional (BN) sebelum menamatkan lawatan kerja beliau ke negeri. - UTUSAN ONLINE