Pembentukan kerajaan baharu itu sah selepas 29 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN dan dua ADUN Star mengangkat sumpah di depan Yang Dipertua, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri malam ini.

Pengerusi BN Sabah, Tan Sri Musa Aman turut mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah untuk penggal kelima.

Selain beliau, 10 jemaah Kabinet negeri turut selesai mengangkat sumpah. - UTUSAN ONLINE