NAJIB TUN RAZAK
NAJIB TUN RAZAK 

Bekas Perdana Menteri ber­kata, sebelum ini, pembantu Guan Eng iaitu Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua pernah bertegas di Parlimen bahawa harga barang akan turun dengan SST.

Selain itu, ujarnya, Guan Eng juga berulang kali berkata, punca kenaikan harga barang dise­babkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), malah, beliau turut menyanyi lagu mengenai GST bersama kanak-kanak.

“Kini dia kata harga barang naik bukan kerana SST tetapi disebabkan banyak faktor lain. Mungkin akan ada lagu SST juga selepas ini?” soalnya dalam status di Facebook beliau, hari ini.

Mac lalu Guan Eng dikritik kerana me­nyanyi dan menari mengikut ren­tak lagu berkenaan GST selepas merasmikan kelas tuisyen percuma anjuran kerajaan Pulau Pinang di Mutia­ra Ida­man 2 di Jelutong.

GST diperkenalkan oleh Najib tahun 2015 dan di­mansuh selepas Pakatan Harapan (PH) menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).