Demikian luahan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid mengenai dakwaan bahawa beliau bersama lima lagi ahli Parlimen yang telah keluar UMNO bulan lalu, dijangka akan kembali menyertai parti tersebut.

Rosol menegaskan, beliau tidak akan sekali-kali berpatah balik untuk menyertai UMNO yang telah ditinggalkannya pertengahan bulan lalu.

Rosol turut menyifatkan perkembangan terbaharu yang mengaitkan beliau bersama lima lagi ahli Parlimen akan kembali kepada UMNO sebagai satu berita yang tidak benar sama sekali.

"Oh tidak (tidak akan kembali kepada UMNO), itu (berita) tak betul tu. Saya ingin tegaskan yang saya tak akan kembali pada UMNO, tidak," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ditanya sama ada beliau akan tetap menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Rosol yang enggan mengulas lanjut mengenainya hanya mengesahkan tidak akan berbuat demikian.

"Tidak, saya tak akan sertai Bersatu," jelasnya ringkas.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil itu diminta mengulas dakwaan bahawa beliau antara enam ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang telah keluar UMNO bulan lalu, dijangka akan kembali memohon sebagai ahli UMNO. - UTUSAN ONLINE