Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Muhyiddin didesak letak jawatan

PPBM-IPOH
KETUA Pendaftar PPBM Perak, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar (tengah) mengadakan sidang akhbar mendesak Muhyiddin Yassin meletak jawatan di Ipoh hari ini.-UTUSAN ONLINE

IPOH 20 Mei - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Perak mendesak Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya meletak jawatan sebagai Presiden parti itu.

Ketua Pendaftar PPBM Perak, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar berkata, desakan itu dibuat oleh sebahagian besar daripada 24 Bahagian PPBM di Perak setelah mendapati Muhyiddin bertanggungjawab di atas segala kepincangan yang berlaku dalam PPBM di peringkat kebangsaan dan Perak.


Menurutnya, ini kerana Muhyiddin tidak pernah ikhlas kepada Pengerusi parti, Tun Dr. Mahathir Mohamad, penyokong dan pendokong parti.


Katanya, Presiden PPBM itu sepanjang masa menangguk di air yang keruh dengan mengambil kesempatan di atas populariti Tun Mahathir bagi mencatur parti.


“PPBM Perak memberi tempoh seminggu kepada beliau supaya memberikan respon terhadap desakan kami ini.


“Jika masih tiada apa-apa respon daripada beliau, kami iaitu lebih daripada separuh ahli dan pemimpim PPBM Perak akan meletak jawatan,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain