Jelas Perdana Menteri, Muhammad Shafee yang berdepan dengan empat pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam pernah berjumpa dengannya dan memberitahu Peguam Negara ketika itu iaitu Tan Sri Abdul Ghani Patail tidak mampu melakukan pendakwaan terhadap Anwar.

"Muhammad Shafee nak sangat menjadi Peguam Negara, beliau datang jumpa saya dan memberitahu Peguam Negara ketika itu tidak boleh melakukan pendakwaan terhadap kes Anwar.

"Beliau yakin boleh menang. Saya kata, kalau yakin boleh menang, pergi beritahu Najib Razak (bekas Perdana Menteri). Masa itu, saya masih berkawan baik dengan Najib," katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Menara Yayasan Selangor, di sini hari ini.

Baru-baru ini, Muhammad Shafee yang juga peguam utama yang mengetuai barisan tujuh peguam bela yang mewakili Najib mendedahkan bahawa Dr. Mahathir yang mengarahkannya supaya mengetuai pendakwaan terhadap Anwar dalam kes liwat 2.0. - UTUSAN ONLINE