Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr. Mahfodz Mohamad berkata, sehingga kini kematian anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya itu masih tidak mendapat keadilan dan tuntutan yang tiada keputusan.

“Impian untuk perubahan lebih baik bertukar kepada perubahan yang lebih pincang di bawah pentadbiran kerajaan PH.

“Terlalu banyak isu dalam setahun lebih era Malaysia baharu. Kita dapat lihat isu melibatkan institusi agama, institusi Raja-Raja Melayu di samping keadilan dan tuntutan yg tiada keputusan dalam kes kematian Muhammad Adib yang tiada pembelaan,” katanya dalam ucaptama sempena Muktamar Tahunan Dewan Ulama Ke-58 di Wisma Belia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE