Katanya, beliau tidak mahu campur tangan dalam isu tersebut dan enggan memikirkan bahawa bantahan itu boleh memberi keuntungan politik kepadanya.

“Terpulang kepada mana-mana pihak membuat apa-apa bantahan. Itu hak mereka.

“Akhirnya, rakyat sendiri yang menilai siapa yang mereka mahukan sebagai pemimpin,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau diminta mengulas bantahan MPKK dalam DUN Rantau yang tidak mahu Dr. Streram sebagai calon PRK pada 14 April ini.

Tanggam berkata, beliau menganggap dirinya sama taraf dengan penyandang kerusi berkenaan, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai anak jati dalam DUN tersebut.

“Jika Mohamad berkata bahawa beliau sanggup hidup dan mati di Rantau maka saya juga sanggap hidup dan mati di Felda Sendayan yang juga dalam DUN yang sama,” ujarnya.

Bagaimanapun, tambahnya, pada akhirnya Majlis Presiden PH yang akan membuat keputusan muktamad mengenai siapa calon bagi PRK DUN Rantau dan semua pihak perlu akur dengan keputusan itu. - UTUSAN ONLINE