Mohd. Shahar berjaya meraih 14 undi peringkat bahagian dengan 1446 undi perwakilan mengatasi pencabar terdekat Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dengan 12 undi bahagian (1647 perwakilan); Khairul Azwan Harun 10 undi bahagian (954 perwakilan); Abdul Razak Mohamed Yusof (85 perwakilan); Syed Rosli Syed Harman (73 perwakilan); Wan Md. Hazli Agyl Wan Hassan (49 perwakilan); Imbran Afham Armen (47 perwakilan); Jamal Md. Yunos (25 perwakilan); dan Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari (17 perwakilan).

Sementara itu, jawatan Naib Ketua Pemuda pula menyaksikan persaingan sengit antara Shahril Sufian Hamdan yang memperoleh 22 undi bahagian (2584 perwakilan) dengan Bastien Onn yang menerima 10 undi bahagian (997 perwakilan) dan Abdul Halim Sidek Gulam Hassan (1 bahagian, 63 perwakilan).

Enam lagi calon Naib Ketua Pemuda masih belum menerima sebarang undi bahagian.

Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO memilih kepimpinan peringkat bahagian dan pusat menerusi dua kertas undi berbeza dalam mesyuarat berasingan yang telah berlangsung serentak di 191 bahagian bermula pagi tadi. - UTUSAN ONLINE