PUTRAJAYA 22 Mei- Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali secara rasmi memulakan tugasnya di kementerian baharu itu apabila dilihat tiba pada pukul 7.40 pagi di Kompleks B di sini.
Mohamed Azmin yang juga merupakan Menteri Besar Selangor itu memulakan tugas pada hari pertamanya dengan mengadakan perbincangan bersama Ketua Jabatan di Unit Perancangan Ekonomi (EPU). - UTUSAN ONLINE