Gesaan tersebut dibuat Pemuda UMNO Johor kerana perbuatan kedua-dua lelaki dalam video tersebut adalah salah di dalam kedua dua sistem syariah (Enakmen Jenayah Syariah) dan sivil (Kanun Keseksaan).

Pemuda UMNO Bahagian Ayer Hitam, Joni Muhamat Yahya berkata, apa yang berlaku itu bukan satu perkara kecil kerana bukan sahaja melibatkan isu moral, malah tidak bertamadun.

Tambahnya yang juga Bendahari Pemuda UMNO Johor, negara sememangnya menolak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kerana itu perkara yang salah di sisi agama.

“Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga pernah menegaskan bahawa Malaysia tidak boleh menerima sepenuhnya nilai-nilai hak asasi manusia diamalkan di negara barat merangkumi LGBT serta hubungan sejenis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru warganet supaya tidak menyebarkan perkara yang belum terbukti kesahihannya sehingga dibuktikan bersalah oleh pihak berkuasa.

Tambahnya, warganet perlu menjadikan media sosial sebagai tempat untuk menyampaikan berita yang sahih dan bukan sebaliknya.

“Saya menginggatkan kepada rakan pengguna media sosial supaya tidak terlibat dalam penyebaran video hanyir yang sedang diperkatakan umum itu,” katanya. - UTUSAN ONLINE.