Itu perumpamaan yang diberikan wakil Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, Onn Mahathir Md. Nasir berkenaan kerajaan PH ketika membentangkan usul menyokong penyatuan UMNO-Pas dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pasir di sini sebentar tadi.

Menurut beliau, orang Melayu dalam PH terikat dan kaku dalam hal berkaitan kepentingan Melayu-Islam.

“Oleh itu UMNO-Pas perlu memainkan peranan sebagai sebuah parti pembangkang yang berwibawa untuk pastikan kita terus menjadi parti yang memayungi orang Melayu dan menjaga kaum lain.

“Atas sebab itu kita menyatakan sokongan terhadap Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang diberi tanggungjawab mengetuai Jawatankuasa Teknikal Kerjasama UMNO-Pas dan diharap jawatankuasanya terus istiqamah untuk menjayakan agenda penyatuan umah,” katanya membentangkan usul berkenaan di Hotel Amansari, Bandar Seri Alam di sini sebentar tadi.

Mohamed Khaled yang juga Naib Presiden UMNO merasmikan mesyuarat perwakilan tersebut. - UTUSAN ONLINE