Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, kerajaan negeri berharap, setiap individu yang menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) akan lebih bertanggungjawab dalam melaksana tugas sekali gus menjauhkan diri daripada perlakuan rasuah selama memegang jawatan masing-masing.

“Pelaksanaan IBR ini adalah satu pendekatan Kerajaan PH yang baharu dibentuk agar lebih komprehensif dalam melahirkan ahli politik dan anggota pentadbiran kerajaan negeri yang berintegriti dan bebas rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Sesi Lafaz dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Bersama Ketua Menteri, Barisan Exco, Ex-Officio dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerajaan Negeri Melaka di sebuah hotel di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Daruk Seri Mohd. Shukri Abdull dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Roslan Ibrahim. - UTUSAN ONLINE