Turut diumumkan ialah Timbalan Ketua Bahagian Kampar, Chang Gwo Chyang dan Setiausaha Bahagiannya, Daniel Wa Wai How untuk masing-masing merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Malim Nawar dan Keranji.


Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, nama-nama tersebut adalah yang dicadangkan oleh parti, namun ketetapan akhir ditentukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


“Saya sudah mengarahkan mereka untuk bekerja keras bagi memastikan kita mendapat sokongan yang baik, malahan peluang untuk kita merampas kembali ketiga-tiga kerusi ini daripada DAP amat cerah.


“Hari ini saya melakukan lawatan kerja di sekitar Parlimen Kampar termasuk di Tanjung Tualang dan Mambang di Awan. Sambutan diberikan begitu menggalakkan. Pengundi sekarang lebih yakin dengan kepemimpinan MCA dan Perdana Menteri,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan lebih 90 pertubuhan dalam siri lawatan kerja di Parlimen Kampar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE